Taska Permata Sri 2

Setelah pembukaan Taska Permata Seri KOPUTRI yang dibuka di Cheras, Kuala Lumpur telah mendapat sambutan orang ramai terutamanya anggota koperasi, kini KOPUTRI melebarkan sayap ke bahagian Timur Semenanjung Malaysia. Bertempat di daerah Bachok, KOPUTRI telah membuka sebuah lagi cawangan taska di negeri Kelantan. Taska PERMATA SRI 2 merupakan cawangan kedua taska yang ditubuhkan oleh Koperasi KOPUTRI. Penubuhan taska ini adalah untuk menyediakan kemudahan penjagaan anak-anak anggota.


Taska Permata Sri 2 ini mula beroperasi sejak bulan Februari 2010 yang lalu. Dengan kadar bayaran yang berpatutan dan kakitangan yang terlatih serta kelengkapan yang cukup, taska ini mampu memberikan perkhidmatan yang baik dan selesa kepada anggota yang menempatkan anak-anak mereka disini. Objektif penubuhan taska ini adalah sama iaitu untuk membentuk kanak-kanak yang holistic dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam dua bahasa (Bahasa Melaysia dan Bahasa Inggeris), bijak bergaul, sihat jasmani dan suci rohani.

KATEGORI A (7.00 PAGI - 6.00 PETANG)

KATEGORI
UMUR
RM
INDIVIDU 1
3 Bulan - 1 Tahun
160.00
INDIVIDU 2
2 Tahun - 4 Tahun
150.00
KUMPULAN 1
Bawah 1 Tahun dan Atas 2 Tahun (2 Orang)
300.00
KUMPULAN 2
2 Tahun dan ke atas (2 Orang)
280.00


KATEGORI B (7.00 PAGI - 2.00 PETANG)

KATEGORI
UMUR
RM
INDIVIDU 1
3 Bulan - 1 Tahun
120.00
INDIVIDU 2
2 Tahun - 4 Tahun
110.00
KUMPULAN 1
Bawah 1 Tahun dan Atas 2 Tahun (2 Orang)
220.00
KUMPULAN 2
2 Tahun dan ke atas (2 Orang)
200.00

* Bayaran lebih masa RM 4.00 sejam.
* Hari Sabtu akan di buka atas permintaan ibubapa dan bayaran akan dikenakan.

WAKTU OPERASI

AHAD - KHAMIS

7.00 PAGI - 6.00 PETANG

Alamat:
LOT 1833, JALAN BARU KAMPUNG SUNGAI,
PERUPOK, 16300 BACHOK KELANTAN.
TEL DAN FAX : 09 7788 609

BERMINAT HUBUNGI:
017-9394377 ( PUAN SITI)
019-9893164 (PUAN LAILA)

** Mengikut Terma & Syarat